Booth NADI di Program Madani Rakyat (PMR) N. Sembilan

25 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

24 Ogos 2025 – Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Sembilan telah berlangsung selama tiga hari, bermula 22 hingga 24 Ogos 2025 (Jumaat – Ahad) di Dataran Nilai, Nilai, Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Pelbagai booth agensi kerajaan dan swasta serta gerai jualan usahawan tempatan turut serta dalam memeriahkan program ini. Kedua-dua orang petugas NADI Linggi turut membantu mengendalikan Booth NADI pada hari Ahad, 24 Ogos tersebut.

Antara aktiviti di booth NADI ialah pengenalan kepada perkhidmatan pintar yang ditawarkan di setiap NADI seperti Pendaftaran keahlian NADI, Kempen Internet Selamat, pengenalan aplikasi Nexus, NADI Nurture DILEA Digital Learning, NADI Mahir, NADI x Keusahawanan, NADI WELLBEING - Saringan kesihatan percuma & pemeriksaan jantung menggunakan teknologi AI.

Penyertaan NADI di dalam program ini diharap dapat memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan pintar kepada masyarakat serta mendekatkan komuniti dengan teknologi digital dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali